| Tarikh | 14 Jun 2025 |
| Masa | 10.00 am – 12.00 pm |
| Tempat | NADI KAMPUNG PULAU PENAREK |
| Peserta | 8 orang |
Tujuan:
Mendedahkan murid sekolah rendah kepada asas teknologi dan robotik melalui pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan secara atas talian.
Meningkatkan minat dan literasi digital dalam kalangan murid terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Membangunkan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan kerja berpasukan melalui aktiviti simulasi robotik yang mudah difahami.
Memperkenalkan konsep asas pengaturcaraan (coding) secara visual yang sesuai dengan peringkat umur murid sekolah rendah.
Menyediakan platform pembelajaran digital yang inklusif dan mudah akses, terutamanya kepada murid luar bandar atau kawasan kurang capaian teknologi.
