1. MUAR SUP HOUSE
Muar Soup House memang tidak asing lagi bagi warga Muar dan Ledang. Gerai ini adalah salah satu restoran yang terkenal sekitar Muar. Ramai pelanggan gemar singgah di sini untuk menikmati sup mereka yang dikatakan sangat istimewa.

Pelbagai jenis makanan yang ada dijual sini antaranya rojak, goreng-goreng, roti canai, western, chapati , beriani dan yang paling istimewa adalah sup. Antara sup yang terbaik adalah sup kambing dan sup gearbox kambing. Selalunya, hidangan ini dinikmati bersama roti atau lebih enak dimakan begitu sahaja.
2.MURTABAK TANAH MELAYU
Kedai murtabak yang paling sedap di Muar. Kaya dengan daging dan telur. Murtabak Tanah Melayu juga sangat terkenal dengan murtabak cheese dan digilai oloeh para pelanggan yang datang. Keju yang mencair itu sangat mantap rasanya bila dicicah dengan kuah yang disediakan.

Selain itu, disini juga terdapat pelbagai menu lain seperti goreng-goreng, Nasi Ayam Penyet, sup kaki ayam, ayam golek, Mee Bandung Udang Galah dan pelbagai lagi makanan sedap yang anda patut cuba.
3. SAI KEE KOPI 434

Pelancong yang datang ke Muar pastinya akan kesini untuk membeli kopi tidak kira sama ada untuk minum disini atau pun dibawa balik. Yang sudah dibancuh mahu pun belum. Restoran ini menjadi tumpuan tidak kira hari dan masa akan sentiasa dikunjungi pelanggan. Kopi yang paling kerap disyorkan ialah Elephant Coffee. Pekat dan tidak terlalu pahit, memang sempurna. Jika dinikmati untuk sarapan, pasti mampu membangkitkan ‘mood’!
4. MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR

Medan Ikan Bakar Sabak Sawor ini terletak berdekatan dengan menara peninjau. Jadi, sambil berjalan-jalan bolehlah anda singgah di sini untuk mencuba ikan bakar di beberapa gerai.Antara yang terbaik untuk gerai di sini adalah Gerai Wak Jos Ikan Bakar. Keistimewaan utama gerai ini terletak pada aneka jenis makanan laut yang disajikan, memang segar dan terbaik kualitinya!
5. MEE BANDUNG UDANG GALAH MUO ORI
Muar memang tidak asing dengan kelazatan mee bandungnya. Apa lagi jika ada 3 hingga 5 ekor udang galah bersama, memang boleh membangkitkan selera sesiapa sahaja!
Restoran Mee Bandung Udang Galah Muo Ori ini merupakan antara restoran mi bandung yang sangat popular di Muar. Apa keistimewaanya? Petunjuknya terletak pada namanya – ya, semestinya udang galah!
Saiz udang galahnya memang besar, malah ada yang sampai penuh pinggan! Jika dimakan seorang pun pasti dijamin kenyang. Udang galahnya juga segar dan isinya manis, rugi kalau tak cuba.
6.ASAM PEDAS ASKAR PENCEN
Penggemar asam pedas boleh lah berkunjung ke Gerai Asam Pedas Askar Pencen pastinya berpuas hati. Tetapi hati-hati yaa waktu tengahari gerai ini pastinya kan dipenuhi pelanggan. Di sini pelbagai jenis ikan ada bukan itu sahaja asam pedas telur ikan juga dijual disini pastinya membuatkan gerai ini menjadi tumpuan penggemar telur ikan dan asam pedas..
Perhhh memang superb..!

