mcmc
Laporan Aktiviti

SUKANEKA BERSAMA KEMAS

WhatsApp-Image-2022-07-23-at-4.10.22-PM

Sempena Hari Bersama Komuniti pada 15 Julai 2022, PEDi Kg Pulau Penarek telah menganjurkan sukaneka bersama KEMAS pada 14 Julai 2022 bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12 tgahari. KEMAS yang terlibat dengan aktiviti ini ialah KEMAS Kompleks Penghulu dan KEMAS Taman Suria. Walaupun pada hari berkenaan KEMAS mengadakan raptai Hari Potensi tetapi sambutan yang diberikan dari pelajar, guru dan ibubapa amat baik sekali. Seramai 39 orang murid termasuk ibubapa dan guru yang terlibat dalam sukaneka kali ini.

Terdapat 6 jenis permainan sukaneka yang telah diadakan iaitu:

 

  1. Makan paling laju
  2. Tiup belon
  3. Anyam ketupat
  4. Bowling kelapa
  5. Penuhkan air dalam botol
  6. Bawa bola ping pong

 

Semua yang datang kelihatan amat seronok dengan aktiviti dijalankan dan memberikan sepenuh tenaga untuk permainan yang dijalankan. Terima Kasih atas sokongan menjayakan sukaneka ini.

 GAMBAR AKTIVITI DISINI