| NAMA | MUHAMMAD AMMAR FAKHRI BIN MOHD SHAFIQ |
| UMUR | 7 TAHUN |
| ALAMAT | TAMAN SEROM UTAMA TANGKAK |
| TAHUN MENJADI AHLI | 19 OGOS 2022 |
Latar Belakang :
Ammar merupakan salah seorang PEDI Kg Pulau Penarek. Beliau seorang yang cerdik dan aktif setiap kali datang ke PEDi Kg Pulau Penarek. Ammar sering berkunjung untuk menggunakan komputer, menyertai aktiviti PEDi dan menghadiri kelas tuisyen disini. Selain itu, Ammar juga mempunyai ibu yang sangat komited dengan pembelajaran dan sentiasa menyokong pempelajarannya di PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Sebelum Ammar menjadi ahli dan mengenali PEDi Ammar tidak mengetahui cara penggunaan komputer dan semua aplikasi online. Beliau juga tidak tahu cara menggunakan tetikus dan bagaimana untuk menaip.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Setelah menghadiri aktiviti dan kelas di PEDI, Ammar menjadi sangat kreatif dan dapat mengendalikan komputer dengan sendiri tanpa bantuan petugas lagi. Ammar juga mahir dalam menggunakan aplikasi Microsoft Word dan juga Canva. Selain itu, kuiz dan epembelajaran adalah merupakan aktiviti kegemaran Ammar kerana aktiviti tersebut begitu menyeronokan tambahan pula beliau dapat membuat ulangkaji sambil bermainan permainan atas talian.


