NAMA | NUR HADIRAAH BINTI MOHD YUNUS |
UMUR | 8 TAHUN |
ALAMAT | TAMAN SEROM UTAMA TANGKAK |
TAHUN MENJADI AHLI | 15 JULAI 2022 |
Latar belakang
Hadiraah adalah salah seorang pelajar yang berumur 8 tahun dan sering berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pulau Penarek untuk mempelajari cara penggunaan komputer, penggunaan Internet, kemahiran asas berkaitan Microsoft Office, Canva, Capcut dan pelbagai lagi aktiviti yang NADI Kg Pulau Penarek anjurkan. Beliau seringkali berkunjung ke NADI hampir setiap hari untuk menggunakan perkhidmatan komputer serta internet dan pada hujung minggu beliau menghadiri aktiviti yang diadakan seperti Kelas Softskill, Kelas STEM, Kelas E-Learning serta pelbagai lagi. Beliau begitu
berminat dan sering menghabiskan masa untuk dimanfaatkan di NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri sebagai ahli NADI, Hadiraah tidak tahu cara menggunakan komputer apatah lagi asas-asa yang lain melibatkan Internet dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan NADI
Melalui kelas latihan ict yang dijalankan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kampung Pulau Penarek. Hadiraah banyak menghabiskan masa dan sering datang ke NADI untuk mempelajari perkara yang baru seperti cara menggunakan komputer serta perkakasannya, Microsoft Office Word, Powerpoint, Canva, Capcut dan lain-lain lagi. Setelah menghadiri setiap kelas yang NADI Kg Pulau Penarek anjurkan, Hadiraah mengetahu cara menggunakan komputer, menjawab kuiz dalam talian, memuat turun gambar, mewarna dalam talian dan sebagainya.Perubahan ini sangat bagus untuk Hadiraah, dengan itu
segala tugas yang diberikan oleh guru disekolah dapat dimanfaatkan dengan ilmu yang dipelajari di NADI dan dijadikan contoh kepada rakan-rakan kelas yang lain di sekolah nanti. Selain itu, NADI juga membantu meningkatkan kemahiran Sains dan rohani kerana Hadiraah sering menyertai kelas STEM dan Softskill yang dianjurkan oleh petugas NADI.