mcmc
Keusahawanan

Q2 2023 KEUSAHAWANAN – NORAINI BINTI ZAHAR

WhatsApp-Image-2024-06-29-at-2.52.30-PM
 
 

Nama

 Noraini binti Zahar

Umur

40

Email 

noraini.zahar5990@gmail.com

No. Telefon

011-23805900

Alamat

PP 12/4 Kg Pulau Penarek, Sungai Mati, 84400 Tangkak, Johor

Tahun menjadi Ahli PEDi

2022

 

Usahawan sepenuh masa menjual Nasi Lemak Legend Melaka. Selain itu, membuat aiskrim Malaysia dan Sambal Goreng Berapi.

 
Puan Noraini merupakan anak kelahiran Melaka yang merupakan suri rumah sepenuh masa dan berkahwin dengan salah sorang penduduk di Kampung Pulau Penarek. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk membantu pendapatan suami. Pada tahun 2021 beliau mula menceburi perniagaan nasi lemak kecil-kecilan dari rumah ke rumah.
 
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga adalah daripada penduduk Kampung Pulau Penarek.
 
Melalui kelas latihan keusahawanan serta pelbagai program di PEDi yang telah disertai, Beliau telah mempelajari cara membuat akaun Shopee, WhatsApp Business dan Tiktok Shop dan Facebook Page. Beliau telah melakukan promosi produk jualan melalui WhatsApp Business dan Facebook Page. Setiap kali dimuat naik di status WhatsApp dan facebook ramai yang berminat untuk membeli jualan beliau. Melalui bantuan PEDi, bukan sahaja kenalan terdekat yang membeli, tetapi terdapat pembeli luar dari kawasan Kampung Pulau Penarek yang berminat dengan Nasi Lemak Legend Melaka beliau. Nasi  lemak beliau juga lain dari lain kerana beliau membuat nasi lemak mengikut resepi orang Melaka. Beliau juga menjual aiskrim Malaysia di sekolah-sekolah sekitar Sungai Mati.
 
 

Online Platform

TikTok Shop

Facebook

Shopsyafia https://www.facebook.com/profile.php?id=100088896784190

Whatsapp

011-2380 5900