NAMA | MOHAMAD NAJME BIN ABDULLAH |
UMUR | 13 TAHUN |
ALAMAT | TAMAN SEROM UTAMA TANGKAK |
TAHUN MENJADI AHLI | 24 SEPTEMBER 2023 |
Latar Belakang :
Mohamad Najme merupakan pelajar tingkatan 1 dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Kg Pulau Penarek untuk menyertai aktiviti PEDi dan belajar cara-cara penggunaan komputer sekaligus melayari internet. Beliau kerap hadirkan diri ke PEDi Kg Pulau Penarek setelah habis sesi persekolahan dan cuti hujung minggu. Pelbagai yang dipelajari seperti Microsoft Office, Canva, Capcut, editing dan pelbagai lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Sebelum melibatkan diri di PEDi, Najme kurang terdedah dengan aktiviti ICT dan aplikasi-aplikasi pembelajaran yang menyeronokan. Beliau juga kurang pengetahuan untuk menggunakan perisian komputer dan internet.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi :
Setelah menjadi ahli dan menyertai aktiviti yang disediakan di PEDi Kg Pulau Penarek, beliau sangat mahir dan menganggap ianya mudah dan menyeronokan. Beliau mahir menggunakan Microsoft Word dan membuat rekaan di Canva. Beliau boleh memberi tunjuk ajar kepada rakan sebayanya jika beliau ditanya ketika aktiviti sedang dijalankan. Beliau juga seorang yang suka persaingan sihat dan sentiasa mahu mendahului ketika aktiviti dijalankan. Sikap positif ini amat baik dicontohi oleh semua pelajar agar menjadi lebih kreatif dan berdaya saing ketika membuat sesuatu perkara.