mcmc
Galeri FotoLaporan Aktiviti

PROGRAM SEMBANG SANTAI KOMUNITI MADANI SUNGAI MATI

Tarikh25 Julai 2025
 Masa8.30 pm – 10.30 pm
 TempatWarung Barikth Razak Bandung
 Peserta   30 orang

Tujuan:

Sembang santai bersama Komuniti Madani Sungai Mati, Jabatan Penerangan dan NADI Kg Pulau Penarek telah diadakan untuk NADI mempromosikan NADI serta 5 smart service yang sedang dijalankan untuk komuniti setempat serta memberi peringatan& kesedaran kepada komuniti serta anak muda agar tidak terlibat dalam gejala scam dan mengupas serba sedikit mengenai jenis-jenis scam. Pegawai dari Jabatan Penerangan juga telah memberi kesedaran tentang Penipuan Siber dan mengupas lebih lanjut mengenai gejala scam. Pegawai Penerangan juga berkongsi tentang manfaat yang diberikan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Malaysia sekaligus mengajak komuniti serta anak muda agar mengibarkan jalur gemilang selari dengan bulan kemerdekaan yang disambut tidak lama lagi.