mcmc
Laporan Aktiviti

PERTANDINGAN MENYUSUN PUZZLE & KUIZ

WhatsApp-Image-2022-08-20-at-10.59.24-AM-1

Sempena bulan Kemerdekaan ini, PEDi Kg Pulau Penarek mengadakan pelbagai aktiviti antaranya adalah pertandingan menyusun puzzle hari kemerdekaan. Aktiviti ini dibuat adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan sekaligus mengasah minda peserta untuk menyusun dan mencari bentuk dan gambar yang sesuai untuk dipadankan.

 

WhatsApp-Image-2022-08-20-at-10.59.24-AM

 

Semua peserta menyusun dengan begitu teliti dan fokus. Pesert diberi 1/2 jam untuk menyusun Puzzle Kemerdekaan, peserta terpantas menjadi pemenang. Terima kasih kepada peserta yang hadir dan ibu bapa yang sentiasa menyokong.

 

Selepas aktiviti menyusun puzzle, peserta diberikan kuiz kemerdekaan. Kuiz ini menguji pengetahuan peserta tentang sejarah kemerdekaan dan meningkatkan pengetahuan am para perserta. Aktiviti diakhiri dengan pemberian hadiah kepada pemenang. Tahniah kepada semua pemenang. Kepada yang tidak bernasib baik boleh cuba lain kali okey.. 

 

GAMBAR SEMASA AKTIVITI