mcmc
Laporan Aktiviti

MOVIE SHOW – MAT KILAU

WhatsApp-Image-2023-03-14-at-12.04.12-PM

Movie Show masih diteruskan lagi dan movie pada kali ini adalah movie terakhir pada minggu cuti sekolah. Jadi atas permintaan pelajar-pelajar PEDi maka kami tunaikan untuk memainkan filem Mat Kilau. Tambahan pula cerita ini mengenai sejarah melayu dan bagus untuk tontonan mereka dan pembelajaran mereka. Sebelum sesi menonton pelajar diberikan sedikit talimat mengenai sejarah melayu dan sedikit soal jawab.

 

Mereka sangat teruja, dan kepada pelajar yang tidak berkesempatan atau berkemampuan untuk menonton di panggung wayang PEDi Kg Pulau Penarek memberi peluang kepada mereka untuk menonton filem ini. Semoga filem yang ditonton ini dapat  memberikan pengajaran, pengetahuan dan iktibar kepada kita anak melayu dimasa akan datang dan dikurniakan keberanian seperti Mat Kilau yang sanggup berkorban demi tanah air tercinta. Semangat patriotik yang patut ada disetiap diri anak-anak Malaysia.