Sempena cuti sekolah ini, PEDI Kg Pulau Penarek telah mengadakan Movie Show untuk ahli-ahli PEDi yang berkunjung ke PEDi Kg Pulau Penarek. Oleh kerana ramai pelajar sekolah rendah yang berkunjung, Kami telah memilih cerita karton Minion ” The Rise of Gru” iaitu siri yang terbaru yang telah dikeluarkan. Mereka yang berkunjung sangat excited, kerana tidak semua ibubapa mampu membawa anak-anak mereka menonton wayang atas faktor kewangan. Jadi kami mengambil pendekatan sempena cuti sekolah ini untuk membuat tayangan untuk mengisi masa lapang.
Pelbagai lagi aktiviti sempena cuti sekolah ini, kepada ibubapa yang sedang membaca artikal ini dan tingal berdekatan kawasan Sg Mati / Serom/ Pulau Penarek boleh datang ke PEDi. Ibubapa boleh rujuk JADUAL AKTIVITI kami untuk maklumat lanjut.
