Pada 15 April 2023, aktiviti Mewarna Poster Hari Raya telah diadakan di PEDi Kg Pulau Penarek, pelajar yang hadir terdiri dari ahli PEDi. Mereka sangat teruja mewarna dengan membawa pelbagai peralatan mewarna untuk menyiapkan poster hari raya yang telah diberikan. Bahang hari raya juga semakin terasa, tidak sampai seminggu lagi hari raya bakal menjelang tiba. Pelbagai cerita persiapan raya pelajar yang hadir telah dikongsi membuatkan suasana hari raya itu semakin terasa. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, semua pelajar yang hadir pada sesi aktiviti mewarna membawa pulang duit raya.
