Pada 2 Julai 2022 yang lalu, Pertandingan Mereka Poster Digital telah diadakan di bilik latihan PEDi Kg Pulau Penarek. Tajuk yang diberikan kali ini adalah SIBER BULI. Tajuk ini diberikan selari dengan program KLIK DENGAN BIJAK di bawah Kementerian Multimedia dan Telekomunikasi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga golongan pelajar iaitu generasi Z apa itu buli siber dan kesannya kepada pengguna.
Peserta yang menyertai pertandingan ini merupakan pelajar sekolah berumur 15 tahun dan kebawah, mereka semua merupakan ahli PEDi Kg Pulau Penarek dan juga mempunyai basic aplikasi Canva (mereka telah mengikuti kelas Canva dari PEDi KG PULAU PENAREK). Pertandingan ini mendapat sambutan yang sangat baik dari pelajar dan juga ibubapa dan pelajar yang menyertai pertandingan ini sangat teruja kerana pertandingan ini adalah pengalaman pertama mereka membuat poster digital.
Lebih mengejutkan lagi peserta yang mendapat tempat pertama adalah pelajar Tahun 4, beliau telah mengabungkan elemen buli dan jenayah siber didalam posternya. Warna dan caption yang digunakan juga begitu mengujakan. Walaupun baru berusia 10 tahun adik Izz Wazir dapat mereka poster digital sebaik itu.
Tempat Pertama
Tempat kedua dimenangi oleh Nur Sara Aleesya pelajar Tahun 4

Tempat Kedua
dan tempat ketiga Nur Hidayah pelajar tingkatan 2.

Tempat Ketiga
