Bersempena dengan Hari Raya Haji yang kan di sambut pada 10 Julai 2022, Kami mengambil inisiatif untuk melakukan aktiviti bertemakan Aidiladha iaitu mereka kad ucapan Hari Raya Aidiladha dengan menggunakan Microsoft Power Point. Penyertaan juga amat mengalakan dari ahli PEDi.
Sebelum memulakan aktiviti ini, petugas memberi tunjuk ajar tentang penggunaan Microsoft Power Point dahulu sebelum membenarkan para pelajar membuat rekaan mereka sendiri dengan mengunakan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga bagi tujuan memahirkan lagi kemahiran dan ilmu yang mereka ada hasil dari tunjuk ajar petugas pada kelas sebelum ini bagi menghasilkan kad ucapan tersebut.
Kad paling kreatif dimenangi oleh :
TEMPAT PERTAMA : NUR AQILA HUSNA (TAHUN 2)

TEMPAT KEDUA : KESYA KAISARA (TAHUN 3)

TEMPAT KETIGA : ADIB NASRULHAQ (TAHUN 5)
Ye.. memang tidak disangka yang memenangi rekaan kad ini adalah pelajar tahun 2. Rekaan kad Husna amat menarik dan bersesuaian dengan tema Hari Raya Aidiladha.
GAMBAR KAD SEMUA PESERTA DISINI
Jika ada yang berminat untuk belajar komputer dan mengunakan aplikasi , bolehlah datang ke PEDi KG PULAU PENAREK SG MATI TANGKAK.
