Pada 7 April 2023 Kuiz dan Puzzle Ramadan telah diadakan di PEDi Kg Pulau Penarek, pelajar yang hadir telah menjawab soalan kuiz berkenaan bulan Ramadan dan soalan-soalan berkenaan bulan puasa. Aktiviti ini sekaligus menambah pengetahuan pelajar-pelajar berkenaan bulan Ramadan. Setelah menjawab soalan kuiz mereka telah diberi puzzle bersempena Ramadan untuk diselesaikan. Pelajar-pelajar yang hadir sangat seronok dengan aktiviti yang dijalankan dan dapat mengisi masa lapang mereka.
