Klik Dengan Bijak tentang isu Mendidik Anak Dengan Bijak adalah huraian yang menekankan tentang peranan ibubapa dalam mendidik dan memantau rutin harian anak-anak. Apa yang mereka lakukan, dengan siapa mereka bergaul,dan juga kehidupan sosial mereka. Ibubapa tidak seharusnya membiarkan atau memberi kebebasan yang terlalu longgar untuk anak-anak lebih-lebih lagi anak-anak yang sedang meningkat remaja. Golongan remaja ini lebih terdedah dengan dunia sosial tambahan pula pada zaman yang serba moden ini, mereka bebas melontarkan kata-kata dan terbuka dalam berhubung di media sosial.
Bayangkan sekarang pelbagai bentuk media sosial dan bentuk hiburan, perkenalan, jualan dan pelbagai lagi maka anak-anak kita akan lebih terdedah dan perlukan pantauan dari ibubapa agar kehidupan sosial digital mereka tidak ke arah negatif dan akan melibatkan kejadian jenayah. Ibubapa perlu mengingatkan agar tidak berkongsi kehidupan seharian secara terbuka dimedia sosial, jangan mudah tertipu dengan ayat manis lelaki yang baru dikenali di media sosial, haruslah menyiasat dahulu sesebuah laman sesawang sebelum kita membeli atau berkongsi data peribadi dengan mereka. Semua aktiviti ini mendatangkan kesan baik dan buruknya yang tersendiri, jadi dengan itu mereka perlu sentiasa diberi peringatan dan sentiasa berhati-hati dengan apa yang mereka lakukan.
Taklimat KDB kali ini dilakukan bersama pelajar-pelajar PEDi Kg Pulau Penarek.
