NAMA : SHELA FAZLIN BINTI AHMAD SULAIMAN
UMUR : 37 TAHUN
ALAMAT : KG SEROM , TANGKAK JOHOR
Shela Fazlin merupakan usahawan sepenuh masa bagi produk makanan sejuk beku iaitu karipap, kuih koci. cucur badak dan keropok lekor. Beliau merupakan anak kelahiran Serom yang merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan untuk membantu pendapatan suami. Pada tahun 2020 beliau mula menjual kuih sejuk beku iaitu karipap, kuih koci, cucur badak dan keropok lekor yang diambil sendiri dari Terengganu.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti mana-mana kelas keusahawanan dari mana-mana badan dan NGO. Beliau hanya menjual dan memperoleh pendapatan bulanan hanya sekitar RM 100 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga adalah daripada rakan-rakan yang mengenali beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PEDi
Setelah mendaftar ahli di PEDi, beliau mengikuti semua Kelas Latihan Keusahawanan , Kelas ICT serta pelbagai program yang dianjurkan PEDi antaranya, beliau telah mempelajari cara membuat akaun Shopee, WhatsApp Business dan Facebook. Beliau telah melakukan promosi produk jualan melalui WhatsApp dan Facebook. Setiap kali item jualan dimuat naik di status WhatsApp dan Facebook, ramai yang berminat untuk membeli produk jualan beliau. Melalui bantuan PEDi, bukan sahaja kenalan terdekat yang membeli, tetapi terdapat pembeli luar dari kawasan Serom yang berminat dengan kuih sejuk beku dan keropok lekor beliau. Selain itu, Puan Shela juga menyertai kelas ICT yang membolehkan beliau mempelajari cara membuat poster dan banner item jualan beliau untuk tujuan promosi dengan hasil idea sendiri.
Apa yang dipelajari melalui PEDi
-
Mempelajari etika penggunaan Internet.
-
Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui Whatsapp Business dan Facebook Page dan Shopee.
-
Mempelajari editing gambar produk menggunakan aplikasi Canva.
-
Mempelajari cara mempromosikan produk menggunakan Facebook.
-
Mempelajari cara membuat logo nama perniagaan dan poster di aplikasi Canva.
-
Mempelajari cara membuat akaun SSM.
-
Mempelajari cara memuat naik produk jualan melalui WhatsApp Business.
Bagaimana PEDi membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
-
PEDi membantu mempromosikan produk di Facebook dan Whatsapp.
-
Mempelajari membuat link Whatsapp di Facebook.
-
Memberi kelas tambahan dan penghasilan bahan iklan yang menarik.
-
Mencipta Facebook Page di Facebook sebagai langkah pemasaran dalam talian.
-
PEDi sebagai medium penyebaran produk.
-
PEDi membantu membuat link promosi jualan produk usahawan.
-
PEDi membantu dalam perkhidmatan fotostat, cetakan dan laminate dan dokumentasi.
-
Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri
-
Produk / Hasil Transformasi
