Beliau merupakan seorang usahawan sepenuh masa dengan menjual pakaian, kasut dan beg tangan terpakai. Selain itu, menjadi ejen Tupperware dan dropship menjual telekung.
Puan Suriani merupakan seorang pesara tentera. Beliau mempunyai seramai tiga orang anak perempuan. Oleh itu, beliau mengambil keputusan memulakan perniagaan menjual beg tangan, kasut dan pakaian beliau sendiri dan anak-anak kerana ia boleh menjana pendapatan dan dapat mengurangkan pakaian, kasut dan beg tangan yang tidak digunakan tetapi masih dalam keadaan elok. Selain itu, untuk menjana lebih pendapatan,beliau juga menjadi ejen jenama dan Tupperware dan menjadi dropship telekung.
Sebelum menjadi ahli PEDi beliau tidak pernah mengikuti kelas di mana-mana PEDi yang berdekatan. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM 150 sahaja sebulan. Pelanggan beliau juga adalah daripada kalangan rakan-rakan beliau dan rakan-rakan anak beliau.
Melalui kelas latihan keusahawanan serta pelbagai program di PEDi yang telah disertai, beliau kini telah memiliki kedai di Shopee. Beliau dapat menggunakan Shopee sebagai platform menjual produk jualannya khususnya pakaian terpakai. Beliau mencuba membuat siaran langsung menjual pakaian di Shopee. Melalui ‘live’ tersebut beliau mendapat banyak pesanan dari pelanggan yang berminat dengan pakaian terpakai beliau. Beliau juga menggunakan platform Facebook Page, WhatsApp dan Tiktok Shop untuk mempromosikan jualan beliau.
Online Platform
