Pada 17 April 2023, Kelas Usahawan menjana invois dan sebutharga telah dijalankan bersama ahli PEDi. En Zainal wakil dari Naque Zainal Enterprise telah mengikuti kelas tersebut sekaligus membuat invois dan sebutharga bagi syarikat mereka untuk kerja-kerja pendawaian, aircond , baikpulih dan pelbagai lagi di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran.
Petugas telah memperkenalkan penggunaan Microsoft Excel untuk memudahkan lagi kerja-kerja menjana dokumen tersebut. Petugas telah mengajar cara untuk menjana invois mengikut format yang betul dan mudah. Cara penggunaan keyboard dan perincian didalam Microsoft Excel dengan mudah dan betul. En Zainal juga telah mencuba membuat dokumen tersebut sendiri dengan tunjuk ajar dari petugas.
Jadi selepas ini, En Zainal boleh menjana sendiri dokumen yang telah tertangguh dengan hasil pembelajaran hari ini dan dapat dimanfaatkan dimasa akan datang juga.
