Kelas Tuisyen berjalan seperti biasa di PEDi Kg Pulau Penarek setiap minggu, Kelas tuisyen yang ditawarkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains untuk pelajar Tahun 1 – Tahun 6. Setiap kali kelas, pelajar juga akan didedahkan dengan pembelajaran online atau e-pembelajaran. Aktiviti ini amat digemari pelajar yang hadir ke kelas dan kali ini petugas menggunakan kemudahan yang ditawarkan di PEDi iaitu penggunaan tab untuk kaedah pembelajaran dan meningkatkan lagi minat pelajar untuk memngulangkaji pelajaran tanpa menggunakan buku.
