Kelas Tuisyen Sains telah diadakan pada 17 Febuari 2023 bagi Tahun 3 & 4. Kelas kali ini amat menyeronokkan kerana bukan sahaja pelajar belajar subjek sains, malah mereka juga diberi pendedahan menggunakan aplikasi Canva dan juga belajar cara membuat pembentangan. Rata-rata pelajar amat teruja dan gemuruh untuk membuat pembentangan kerana kebanyakan mereka merasakan ini adalah pengalaman pertama bercakap dihadapan.
Bukan sahaja mereka belajar cara penggunaan Canva, malah mereka belajar cara-cara memasukan isi-isi penting dalam bahan pembentangan mereka. Cara-cara untuk membuat pembentangan juga telah diterangkan seperti posture badan, cara percakapan dan isi-isi yang perlu dihuraikan.
