Kelas Perkakasan Komputer telah diadakan pada minggu ke2 bulan Febuari. Kelas ini menerangkan kepada pelajar tentang peralatan-peralatan komputer input dan output serta fungsi- fungsi barangan tersebut. Pelajar yang datang kebanyakannya dari sekolah rendah , mereka juga kurang pengetahuan tentang komputer dan output lain maka dengan adanya kelas ini dapat membantu mereka mengenali dan secara tidak langsung memudahkan penggunaan komputer. Penggunaan komputer adalah sesuatu yang baru bagi mereka lebih-lebih lagi pelajar yang datang dari golongan tidak berkemampuan.
