Kelas pengenalan Canva telah dibuat bersama dengan pelajar-pelajar Tingkatan 5 dan Pra-u, bertujuan agar mereka boleh mengaplikasi ilmu ini apabila mereka masuk ke Universiti mungkin untuk membuat presentation, videografi, dan assigment-assigment yang bakal mereka buat nanti.
Selain diaplikasikan semasa di Universiti, pelajar juga sekaligus dapat menjana pendapatan sampingan di platform digital dengan mengabil upah mereka banner, membuat iklan, poster digital, videografi , mereka kad undangan biasa mahupun digital dan bermacam lagi mengikut kreativiti mereka untuk menghasilkan wang. Dengan itu, tidaklah mereka bergantung 100% duit dari pinjaman pembiayaan atau biaya dari ibubapa.
Kelas ini telah menerangkan kepada mereka, apakah kegunaan Canva dan keistimewaannya. Rata-rata pelajar sangat teruja untuk mempelajari dengan lebih dalam dan kami akan mengadakan lagi kelas untuk part seterusnya bagi mengajar mereka membuat Logo dan Banner perniagaan. Semoga kelas ini menjadi 1001 manfaat kepada mereka.
