Kelas Microsoft Word kali ini, kami telah mengajar para pelajar cara-cara membuat surat rasmi mengikut format yang betul. surat rasmi adalah satu dokumen yang ditulis untuk tujuan rasmi seperti permohonan, surat rayuan dan sebagainya.
Jika dibandingkan dengan surat tidak rasmi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara keduanya terutaman dari segi format.Disebabkan dokumen ini digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi, adalah penting untuk memastikan surat yang ditulis adalah menggunakan format yang betul supaya surat yang dihantar nampak lebih profesional.
Di Malaysia, para pelajar di peringkat sekolah menengah biasanya akan didedahkan dengan format penulisan surat rasmi dalam subjek pendiidkan Bahasa Melayu.Malah, para pelajar juga biasanya akan diuji dalam peperiksaan berkaitan dengan karangan penulisan surat rasmi.
