mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS MICROSOFT POWER POINT

WhatsApp-Image-2022-12-26-at-10.15.13-AM-2

Memandangkan bulan Disember adalah bulan cuti sekolah, tajuk power point kali ini adalah PERCUTIAN SAYA. Ibubapa selalu mengambil kesempatan sempena cuti sekolah ini membawa anak-anak melancong keluar negeri atau pun keluar negara. Justeru itu, kami mengambil kesempatan ini untuk mereka meluahkan rasa seronok dan pengalaman mereka melancong kedalam kelas Power Point ini.Sepanjang melakukan aktiviti ini, tidak putus-putus mereka bercerita tentang aktiviti dan perjalanan mereka melancong ke pelbagai tempat. 

Pelajar telah memuatnaik gambar tentang tempat-tempat yang mereka lawati dan membuat sedikit label tentang tempat itu. penambahan slide semakin banyak selepas pelbagai pengalaman mereka diceritakan di slide-slide yang mereka sediakan. Rata-rata pelajar PEDi tahu tentang penggunaan Microsoft Power Point kerana mereka kerap datang dan belajar menggunakan Power Point di sini.