Rata-rata usahawan PEDi Kg Pulau Penarek sangat sibuk dengan perniagaan masing-masing tetapi mereka ingin belajar dengan lebih lanjut tentang perkara-perkara yang melibatkan perniagaan mereka dan mereka selalu berhubing dengan petugas di PEDi Kg Pulau Penarek. Keadaan ini adalah baik untuk mereka menambah pengetahuan dan berkongsi pengalaman bersama kami. Antara yang dipersoalkan adalah tentang SSM, cara membuat QR Code untuk pembayaran dan pelbagai lagi. Mereka akan menghubungi petugas melalui whatapp dan akan bertanya serta berkongsi maklumat disana.

