mcmc
Laporan Aktiviti

KELAS ICT – MICROSOFT WORD & EXCEL

SCAN0027

Kelas Microsoft Word dan Excel telah diadakan terbuka kepada pengunjung yang mempunyai masa terluang pada hari Ahad sehingga Khamis. Petugas membuat kelas perseorangan supaya apa yang disampaikan lebih terperinci, tambahan pula pada hari persekolahan pelajar akan datang ke PEDi pada waktu petang selepas pulang dari sekolah.

 

Bagi Kelas Microsoft Word, petugas meminta pelajar untuk menaip semula artikel cerita kanak-kanak seperti gambar dibawah.

 SCAN0028

 

contoh artikel

 

Pelajar dapat belajar tentang cara menaip, penggunaan simbol, huruf besar& kecil, kemahiran mengerakan tetikus, membuat border, memasukan gambar dan sebagainya. Tujuan petugas memberi tugasan berkenaan adalah ,pelajar dapat belajar pelbagai perkara dalam satu artikel. Pelajar sangat teruja mereka dapat menyiapkan satu artikel penuh beserta gambar, border, dan cerita kanak-kanak. 

 

Untuk Kelas Microsoft Excel pula, Pelajar sedikit tertekan semasa belajar. Microsoft Excel adalah perkara baru bagi kebanyakan pelajar. Mana tidaknya untuk excel kemahiran penggunaan tetikus amat penting, Jadi untuk mereka yang baru memang agak mencabar. Tambahan Pula Excel adalah platform yang menggunakan formula. Jadi pada permulaan ini petugas hanya menyentuh tentang basic penggunaan Excel iaitu cara untuk membuat jadual kerja dan graf sahaja

 

WhatsApp-Image-2022-08-25-at-10.56.10-AM-2

 

GAMBAR AKTIVITI DISINI