Kelas Facebook Page kali ini bersama ahli dan usahawan PEDi yang baru. Usahawan kali ini membuka gerai makanan dan juga mempunyai bundle. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara membuka Page di akaun personal usahawan, cara untuk ‘update’ status, cara membuat ‘timer’ untuk post status, membuat ‘link tree’, cara untuk share status dan bermacam lagi untuk tujuan promosi produk. Hanya menggunakan telefon bimbit Facebook Page boleh diakses dihujung jari dan pada bila-bila masa dan dimana-mana.
