Kelas Excel kali ini adalah fokus kepada usahawan-usahawan PEDi yang telah berdaftar dan ingin menguruskan sistem dan journal kewangan mereka. Kelas kali ini memfokuskan cara pengendalian akaun untung rugi usahawan. Selain itu, kelas ini juga berkongsi cara-cara membuat invoice perniagaan dengan menggunakan Excel.
Pada sesi pertama usahawan diajar cara-cara membuat invoise perniagaan, perkara yang perlu ada didalam invoise perniagaan adalah tarikh, no invoise, nama perniagaan, no SSM, saluran untuk dihubungi, detail penerima invoise, detail barang, kuantiti, harga, terma pembayaran dan sebagainya. Usahawan juga dapat membuat design invoise perniagaan sendiri dan juga logo perniagaan.

dan pada sesi kedua para usahawan diajar untuk membuat akaun untung rugi, cara-cara pengiraan jualan, hutang, pinjaman, susut nilai, perbelanjaan,pemiutang dan sebangainya mengikut sheet, dan kemudiannya akan disatukan didalam akaun untung rugi.Rata-rata usahawan begitu teruja mempelajari ilmu baru dan kami sebagai petugas sangat berbesar hati apabila ilmu yang diajar dipraktikan untuk kegunaan harian mereka.
