Kelas Ulangkaji Matematik telah diadakan pada 15 Mac 2023 sempena minggu cuti sekolah, seramai 5 orang pelajar yang telah menghadiri kelas ulangkaji Matematik yang telah diadakan pada pukul 3.00 – 5.00 petang. Kelas Ulangkaji Matematik ini disertai ramai pelajar Tahun 1 dan 2 & 4. Walaupun mereka baru memulakan sesi persekolahan tetapi semangat untuk belajar dan sokongan daripada ibubapa sangat menggalakan. Pelajar yang hadir rata-rata telah mahir dalam operasi penambahan ini adalah satu permulaan yang baik.
Pada sesi kelas itu, mereka didedahkan dengan operasi tambah, tolak, bundar, darab, sifir dan pelbagai lagi basic matematik yang akan mereka pelajari nanti. Kepada yang berminat untuk menyertai kelas tuisyen dan kelas ulangkaji, boleh mendaftar sebagai ahli PEDi Kg Pulau Penarek yang berpeluang untuk menyertai pelbagai program dan aktiviti mingguan yang akan diadakan kelak.
Selain kelas ulangkaji matematik, subjek lain seperti sains dan bahasa juga telah diadakan menggunakan kaedah praktikal juga digital dalam sesi pembelajaran. Ini akan memupuk semangat dan minat pelajar untuk belajar sekaligus mereka dapat menambah mengetahuan cara-cara pengendalian komputer dengan baik.
