Pada 2 Jun 2023, Kelas Canva telah diadakan di PEDi Kg Pulau Penarek dan kali ini Kelas Canva tentang Video Biodata Diri. Oleh kerana ramai pelajar yang menggemari aktiviti Canva jadi kami teruskan lagi dengan pelbagai fungsi Canva dan kali ini kami memilih untuk membuat video melalui Canva tentang pengenalan diri masing-masing.
Kelas diadakan dari pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tgahari. Seramai 5 orang yang menghadiri kelas ini. Jadi kami mulakan dengan tajuk yang perlu dimasukan kedalam page video tersebut antaranya pengenalan diri, hobi, cita-cita, sekolah , keluarga dan lain-lain. Pelajar yang hadir semuanya teruja untuk membuat video diri masing-masing. Mereka meminta untuk download hasil kerja mereka untuk ditunjuk kepada keluarga hasil yang telah mereka buat.

Akhir sekali mereka diminta untuk bentangkan video biodata diri mereka seorang demi seorang. Jadi kepada masyarakat setempat dan para pelajar yang bosan hujung minggu dirumah jangan buang masa! Terus datang ke PEDi untuk belajar sesuatu yang baru yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang.
