Klik Dengan Bijak(KDB) telah dibuat bersama pelajar yang hadir untuk Kelas Canva Biodata. Tajuk KDB kali ini adalah Penipuan Internet. Penipuan internet adalah trend masa kini yang selalu terjadi dalam masyarakat yang serba moden. Semakin maju dunia hari ini penipuan melalui internet menjadi semakin rancak dan berani dalam mencari mangsa. Jadi kita sebagai masyarat yang hidup dalam era globalisasi ini perlu untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi data peribadi dan elakan untuk klik pautan yang dikongsi untuk mengelakan penipuan terjadi.
Hebahan kesedaran ini telah di buat bersama para pelajar yang hadir untuk mengingatkan keluarga serta diri mereka agar tidak terjebak dan sentiasa berhati-hati dalam berkongsi maklumat peribadi.
