mcmc
Laporan Aktiviti

HARI SUKAN RAKYAT ZON SEROM FASA 1

Tujuan:

Mengeratkan silaturahim antara penduduk Sg Mati dan seluruh penduduk Serom Fasa 1 bagi menjayakan  Hari Sukan Rakyat bersempena Hari Sukan Negara dikawasan mereka

 

Aktiviti:

1. Aktiviti dimulakan dari jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran, nyanyian lagu Negaraku dan Bangsa Johor. Seterusnya aktiviti permainan sukaneka bagi dewasa juga kanak-kanak. Pemberian hadiah, cabutan bertuah dan sesi makan.

2. Program ini disertai oleh YB Hajah Khairin Nisa selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor dan juga semua Ketua Kampung Kawasan Sg Mati dan Serom.

3. Terdapat pelbagai aktiviti permainan rakyat yang boleh disertai oleh dewasa lelaki dan wanita serta kanak-kanak lelaki dan perempuan.

4. Program ini mendapat sambutan yang begitu menggalakan dari penduduk setempat. Mereka memberikan komitmen yang begitu padu bagi menjayakan program ini.

 

Gambar Semasa Aktiviti