mcmc
Laporan Aktiviti

HARI KESIHATAN KOMUNITI

WhatsApp-Image-2023-05-21-at-2.36.43-PM-1

Hari Kesihatan Komuniti telah diadakan di PEDi Kg Pulau Penarek Tangkak Johor pada 19 Mei 2023. Program ini telah dianjurkan oleh National Kidney Foundation (NKF) dengan kerjasama PEDi Kg Pulau Penarek untuk memberi khidmat pemeriksaaan percuma kepada penduduk kampung dan setempat dengan kemudahan yang lebih canggih dan cepat. NKF telah membawa sebuah bas khas untuk digunakan pada sesi rawatan dijalankan.

 

Rawatan yang diberikan adalah pemeriksaan tekanan darah, BMI, pemeriksaan buah pinggang, pemeriksaan gula dan juga kolestrol. Selain dari itu, NKF juga menawarkan khidmat nasihat atau kaunseling kesihatan setelah keputusan ujian dikeluarkan. Jadi, orang ramai yang datang didedahkan dengan kesedaran pemakanan sihat, senaman dan gaya hidup sihat. Sambutan dari penduduk setempat adalah sangat baik orang ramai sentiasa bekunjung dari rawatan bermula pada  pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang. Seramai lebih 40 orang yang hadir untuk membuat pemeriksaan dan ada juga yang datang hanya untuk memeriahkan suasana.

 

WhatsApp-Image-2023-05-21-at-2.36.45-PM

Diharapkan program ini mendatangkan manfaat kepada masyarakat setempat untuk lebih memudahkan mereka untuk mengawal dan memantau kesihatan mereka. 

GAMBAR AKTIVITI DISINI