PEDi Kg Pulau Penarek dan PEDi Pekan Sagil telah bergabung bagi mengadakan Hari Bersama Komuniti bertempat di PEDi Kg Pulau Penarek. Hari Bersama Komuniti telah diadakan pada 15 Julai 2022 (Jumaat) dari pukul 8.00 pagi – 12.30 tgahari. Tema kali ini adalah untuk memperkasa usahawan dengan itu kami telah menjemput agensi-agensi yang berkaitan dengan usahawan dan perniagaan. Terdapat 5 agensi yang turut serta dalam HBK kali ini iaitu Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Perbadanan Usahawan Johor Bharu (PUJB), Angkatan Pertahanan Awam (APM),Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan terdapat 3 usahawan yang menyertai HBK kali ini.
Hari Bersama Komuniti (HBK) sangat meriah dengan kedatangan Penghulu, Ketua-ketua kampung,agensi, usahawan, pelajar KEMAS, pelajar KKTM, ahli PEDi, ibubapa dan penduduk setempat. Sebanyak 200 biji aiskrim telah diberikan percuma untuk pengunjung yang datang. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan. Juga terdapat 30 cabutan bertuah untuk para tetamu yang datang. Majlis telah dirasmikan oleh Penghulu Mukim Serom YB Mahathir bin Abdul Ghani.
Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh penghulu diringi dengan wakil Telekom Malaysia dan Petugas PEDi. Pelbagai hadiah yang telah dibawa pulang seperti hamper, alatan elektronik, barangan rumah, barangan elektrik dan pelbagai hadiah lain untuk cabutan bertuah. Rata-rata pengunjung yang datang mengatakan program ini adalah program yang baik untuk komuniti dan patut diadakan selalu, disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim.

Maklum balas dari para usahawan yang membuka booth juga begitu positif, mereka mengatakan bahawa program ini telah membawa keuntungan yang tidak pernah mereka rasakan sebelum ini dan akan mengikuti program PEDi lagi bagi meningkatkan lagi mengetahuan dan keuntungan perniagaan mereka.
