E-Pembelajaran adalah aktiviti wajib pelajar yang berkunjung ke PEDi Kg Pulau Penarek, mereka akan didedahkan dengan pembelajaran atas talian. Pelajar yang hadir ke Kelas Tuisyen PEDi setiap minggu juga akan diberikan kuiz online setelah pembelajaran dan latihan fizikal diberikan. Pelajar sangat seronok dan tertunggu-tunggu apabila selesai latihan fizikal,mereka akan meminta untuk membuat kuiz online. Selain daripada menjawab soalan mereka teruja membuat kuiz dan belajar online kerana kuiz tersebut seperti permainan video. Jadi sekaligus belajar dan bermain.
