Kelas e-Pembelajaran kerap diadakan di PEDi Kg Pulau Penarek sebagai aktiviti wajib setiap kali para pelajar berkunjung. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mengulangkaji pelajaran malah dapat mengisi masa lapang pelajar-pelajar ini dengan aktiviti berfaedah. Aktiviti ini dilakukan menggunakan kemudahan yang ada di Pedi seperti Komputer, LCD, Tab dan lain-lain yang berkaitan. Tambahan pula aktiviti ini dapat menarik minat pelajar untuk belajar kerana mereka terhibur dan seronok dengan pembelajaran sambil bermain.
