Sempena bulan Syawal yang masih bersisa ini, aktiviti di PEDi Kg Pulau Penarek diteruskan, Aktiviti Menaip Diari Hari Raya telah diadakan pada 6 Mei 2023. Kali ini pelajar telah diberikan tab untuk membuat aktiviti ini. Sempena hari raya ini, kami mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman hari raya sekaligus belajar menggunakan tab dan menaip. Peluang ini amat dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka selalunya menggunakan komputer untuk membuat aktiviti-aktiviti digital, tetapi kali ini kami menggunakan peluang ini untuk memberikan pelajar menggunakan kemudahan tab yang disediakan di PEDi.
Pelajar telah belajar cara menggunakan pen yang disediakan untuk melukis dan menaip. Peluang ini sangat beharga untuk pelajar yang kurang berkemampuan untuk merasa perkembangan digital sekarang. Jadi mereka yang kurang berkemampuan juga dapat belajar dan merasa menggunakan kemudahan ini di PEDi. Semoga pembelajaran dan perkongsian kali ini dapat memberikan ilmu dan manfaat yang boleh digunakan di masa akan datang.
