Latar Belakang :
Nur Sara Aleesya Binti Hatta adalah salah seorang pelajar yang berumur 10 tahun dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Pulau Penarek untuk mempelajari cara penggunaan komputer, penggunaan Internet, kemahiran asas berkaitan Microsoft Office dan juga kelas tuisyen. Beliau seringkali berkunjung ke PEDi pada hujung minggu untuk menghadiri kelas tuisyen di PEDi dan menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan antaranya Kelas Microsoft Office, Canva, Pertandingan mewarna dan pelbagai lagi. Beliau begitu berminat dan sering menghabiskan masa cuti sekolah untuk dimanfaatkan di PEDi.Nur Sara Aleesya Binti Hatta juga pernah memdapat tempat kedua bagi Pertandingan Mereka Poster Digital sempena Hari Bersama Komuniti hasil pembelajaran yang telah dipelajari di PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Sebelum melibatkan diri sebagai ahli PEDi Nur Sara Aleesya tidak mengetahui cara – cara menggunakan segala perkakasan komputer, Microsoft Office dan penggunaan Internet. Ia merupakan satu perkara baru buat beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan ict yang dijalankan oleh Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Pulau Penarek. Nur Sara Aleesya banyak mempelajari perkara yang baru seperti cara menggunakan komputer serta perkakasannya, Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel dan Microsoft Office Powerpoint. Selain itu, Nur Sara Aleesya juga mempelajari cara-cara menggunakan aplikasi Canva tentang cara-cara membuat poster digital, edit gambar dan video dan sebagainya. Perubahan ini sangat bagus untuk beliau, dengan itu segala tugas yang diberikan oleh guru disekolah dapat dimanfaatkan dengan ilmu yang dipelajari di PEDi dan dijadikan contoh kepada rakan-rakan kelas yang lain di sekolah nanti.
Dipelajari melalui PEDi
– Mempelajari asas – asas komputer, fungsi perkakasan komputer serta cara mengendalikan dan menggunakannya
– Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office Word, Power Point dan Excel dengan menaip, membuat slide show dan membuat jadual serta graf
– Mempelajari cara menggunakan aplikasi bagi tujuan pelajaran seperti Canva, HelloKids,Kuiz Online dan sebagainya.
– Menyertai program Klik Dengan Bijak