Kisah Kejayaan

Q1 2023 CELIK IT – IZZ WAZIR

WhatsApp-Image-2023-07-17-at-4.56.23-PM

 

 

 

 

 

Latar Belakang :

 

Izz Wazir merupakan salah seorang pelajar yang berumur 11 tahun dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pulau Penarek setiap hujung minggu dan pada waktu cuti persekolahan. Pada permulaannya, Izz menyertai kelas perkakasan komputer dan mempelajari cara penggunaan komputer, penggunaan Internet dan kemahiran asas berkaitan Microsoft Office. Izz akan dihantar oleh ibunya setiap hari Jumaat dan Sabtu untuk menyertai kelas latihan ICT dan kelas tambahan subjek asas di PEDi Kg Pulau Penarek.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :

Sebelum melibatkan diri sebagai ahli PEDi Izz tidak mengetahui setiap fungsi perkakasan komputer. Selain itu, banyak perkara yang Izz tidak ketahui seperti memuat turun gambar di Google, cara menggunakan Microsoft Powerpoint dan menaip di Microsoft Office Word. 

 

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :

Melalui kelas latihan ict yang dijalankan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Pulau Penarek, Izz banyak mempelajari perkara yang baru seperti mengenali perkakasan komputer serta fungsinya. Selain itu, Izz telah mahir menggunakan Microsoft Office Word. Disamping itu, Izz juga mahir dalam penggunaan Powerpoint. Beliau mahir dalam membuat slaid pembentangan dengan menggunakan transisi, animasi dan menjadikan slaid Powerpoint sebagai video muzik. Izz juga mahir dalam mereka kad digital menggunakan Powerpoint. Izz merupakan antara ahli yang aktif dengan menghadiri setiap kelas yang dijalankan oleh petugas PEDi dengan sepenuh perhatian.

 

Dipelajari melalui PEDi

 

  • Mempelajari asas – asas komputer, fungsi perkakasan komputer serta cara mengendalikan dan menggunakannya

  • Mempelajari cara log masuk di CMS Client

  • Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office Word dengan menaip karangan, mengunakan pelbagai jenis teks, warna dan sebagainya.

  • Menyertai program Klik Dengan Bijak.

  • Menyertai kelas perkakasan komputer

  • Menyertai kelas asas menggunakan Microsoft Office Powerpoint.

  • Mempelajari cara membuat Kad Ucapan Digital menggunakan Microsoft Office Powerpoint.

 

   WhatsApp-Image-2023-11-20-at-12.00.25-PM  WhatsApp-Image-2022-07-23-at-11.53.18-AM