Latar Belakang :
Adib Nasrulhaq merupakan salah seorang pelajar yang berumur 11 tahun dan sering berkunjung ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Pulau Penarek setiap hujung minggu dan pada waktu cuti persekolahan untuk mempelajari cara penggunaan komputer, penggunaan Internet dan kemahiran asas berkaitan Microsoft Office. Adib akan dihantar oleh ibunya setiap hari Jumaat dan Sabtu untuk menyertai kelas ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Sebelum melibatkan diri sebagai ahli PEDi Adib tidak mengetahui setiap fungsi perkakasan komputer. Selain itu, banyak perkara yang Adib tidak ketahui seperti memuat turun gambar di Google, cara menggunakan Microsoft Powerpoint dan menaip di Microsoft Office Word.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan ict yang dijalankan oleh petugas Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Pulau Penarek. Adib banyak mempelajari perkara yang baru seperti mengenali perkakasan komputer serta fungsinya. Selain itu, Adib telah mahir menggunakan Microsoft Office Word. Bukan sahaja pandai dalam menaip tetapi Adib telah menguasai cara membuat rekabentuk menggunakan Word. Disamping itu, Adib juga mahir dalam penggunaan Powerpoint. Beliau mahir dalam membuat slaid pembentangan dengan menggunakan transisi, animasi dan menjadikan slaid Powerpoint sebagai video muzik. Adib merupakan antara ahli yang aktif dengan menghadiri setiap kelas yang dijalankan oleh petugas PEDi dengan sepenuh perhatian.
Dipelajari melalui PEDi
- Mempelajari asas – asas komputer, fungsi perkakasan komputer serta cara mengendalikan dan menggunakannya
- Mempelajari cara log in CMS Client
- Mempelajari cara menggunakan Microsoft Office Word dengan menaip karangan, membuat bingkai dan merekabentuk cawan.
- Menyertai program Klik Dengan Bijak
- Menyertai kelas perkakasan komputer
- Menyertai kelas asas menggunakan Microsoft Office Powerpoint.
- Mempelajari cara membuat Kad Ucapan Digital menggunakan aplikasi Canva.
- Merekabentuk rumah menggunakan Paint.