Pada 11 Mac 2023 telah diadakan Bengkel Pemprosesan Pes & Retort bersama NNM Industries Muar . Bengkel ini telah dihadiri oleh usahawan PEDi dan para usahawan sekitar yang berminat untuk menambah ilmu mengenai retort. Usahawan mempelajari cara membuat pes dengan kaedah dan cara pemprosesan yang betul. Selain itu, para usahawan belajar cara-cara retort pes tersebut supaya pes tahan lama dan boleh bertahan selama 2 tahun pada suhu bilik.
