mcmc
Laporan Aktiviti

BAZAR RAYA NADI KG PULAU PENAREK

Tarikh14 Mac 2026
Masa8.00 pagi – 3.00 petang
TempatNADI Kampung Pulau Penarek
PesertaKomuniti Setempat

Tujuan

Program Bazar Raya bertujuan untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan mempromosikan dan menjual produk mereka kepada komuniti setempat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim sesama komuniti. Selain itu program ini juga dapat memperkenalkan NADI kepada komuniti serta mempromosikan 5 Perkhidmatan pintar yang ditawarkan di NADI.

Aktiviti

Usahawan yang hadir membuat jualan membawa pelbagai produk antaranya seperti biskut raya, pakaian prelove, kek coklat, produk batik, henna dan barangan lain. Saringan Kesihatan juga diadakan untuk mempromosikan Program kesejahteraan Kendiri.

NADI Kg Pulau Penarek juga telah memanggil Pusat Zakat untuk membuka kiosk bagi memudahkan urusan pembayaran zakat dapat dibuat oleh komuniti yang hadir. Selain itu kami juga menyediakan aktiviti sempena Hari Raya seperti Petandingan mewarna kanak-kanak dan juga untuk kategori dewasa, Anyaman ketupat dan cantingan batik.