Pada 2 Febuari 2023, Kg Pulau Penarek telah dinaiki air kerana musim hujan lebat di selatan tanah air. Terdapat 3 keluarga yang telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Abdullah Sg Mati. Pada mulanya air hanya naik paras buku lali sahaja tetapi akibat hujan lebat sepanjang hari yang berlarutan air telah naik lagi dan semakin ramai keluarga yang dipindahkan ke PPS.
Pada 7 Febuari 2023 kami dilaporkan seramai lebih 50 keluarga telah dipindahkan dikuatiri air akan naik lagi atas sebab air pasang di Sungai Muar. Pelbagai bantuan yang diterima daripada pelbagai agensi dan penduduk setempat. Keluarga yang ditimpa bencana telah menerima khemah dan pelbagai barangan sampingan untuk bertahan menunggu air surut.

Kami berharap keluarga yang ditimpa musibah ini sabar dan tabah dengan dugaan yang datang, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Semoga keadaan penduduk dan keadaan Kg Pulau Penarek akan bertambah baik dan dijauhkan daripada segala bala bencana dan diberi kehidupan yang gembira dan harmoni. Amin.
