Canva adalah aplikasi yang menawarkan pelbagai kemudahan digital untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat , mudah dan menarik. Walaupun pelajar yang hadir seawal umur 6 tahun juga sudah boleh menggunakan aplikasi ini. Sempena Hari Ibu pelajar PEDi telah membuat Kad Hari Ibu menggunakan aplikasi Canva pada 12 Mei 2023. Pelajar-pelajar yang hadir juga sering meminta untuk membuat kad ucapan menggunakan aplikasi Canva.
Pelajar telah dipantau oleh petugas semasa aktiviti ini dibuat. Mereka kebanyakannya sudah pandai menghasilkan kad ucapan tanpa bantuan petugas dan hasilnya sangat mengagumkan.
