Sempena Hari Raya yang masih bersisa ini, PEDi Kg Pulau Penarek mengambil peluang untuk membuat aktiviti Comic Strip bertema Hari Raya. Sambutan dari pelajar-pelajar untuk aktiviti Comic Strip amat menggalakkan. Mereka ingin mempelajari sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Mereka dapat menghasilkan mini comic mereka sendiri dengan menghadiri kelas ini. Kelas ini telah diadakan pada 13 Mei 2023 pada pukul 3 – 5 petang.
Aktiviti ini juga dapat mengasah bakat dan meningkatkan daya imiginasi pelajar dari segi kreatif dan menjadi inovatif. Semoga ilmu yang dikongsi dapat diaplikasikan dan menjadi manfaat kepada pelajar kelak.