Kelas Canva telah diadakan pada 1 April 2023 dengan tajuk Poster Bulan Ramadan. Pelajar yang datang untuk belajar komputer kali ini akan belajar cara-cara mereka poster bulan ramadan menggunakan aplikasi digital Canva. Pelajar yang datang kebanyakannya pelajar tahun 1 jadi aplikasi Canva ini adalah sesuatu yang baru untuk mereka pelajari. Walaupun perkara baru mereka sangat teruja mereka dan sangat tekun belajar. Sifat ingin tahu mereka sangat bagus dan patut ada dalam diri setiap pelajar. Mereka tidak takut untuk bertanya malah mereka explore lagi cara-cara penggunaan komputer dan juga aplikasi Canva.Petugas PEDi Kg Pulau Penarek banyak berkongsi tentang cara-cara penggunaan setiap fungsi output komputer dan juga input didalam aplikasi canva untuk sesi pengenalan kepada pelajar yang kali pertama hadir ke Kelas ICT.
Walaupun aktiviti ini adalah perkara baru bagi kebanyakan pelajar yang hadir tetapi hasil kerja mereka sangat mengagumkan. Idea dan cara penghasilan poster (susunan, penggunaan warna dll) tersebut seperti bukan hasil pelajar Tahun 1 dan ini amat baik untuk kelas permulaan . Diharapkan ramai lagi pelajar yang akan turut serta belajar dan dapat memanfaatkan ilmu yang diajar sebaik mungkin kelak. Hasil kerja dan aktiviti semasa mereka boleh dilihat DISINI
