mcmc
Maklumat Pi1M

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KG PULAU PENAREK

WhatsApp-Image-2022-04-04-at-12.04.24-PM

SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) KAMPUNG PULAU PENAREK SUNGAI MATI JOHOR

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
NADI Kg Pulau Penarek menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
NADI Kg Pulau Penarek telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada MAC 2022. Ramai penduduk setempat, usahawan dan pelajar yang datang untuk mendaftar. Terdapat juga ahli NADI yang telah mendaftar disini walaupun mereka duduk luar dari  negeri Johor. 
 
 
 
 
 KENALI PETUGAS NADI :

NADI Kampung Pulau Penarek  mempunyai 2 orang petugas yang bertugas untuk mengawalselia hal berkaitan NADI Kg Pulau Penarek , Petugas telah diberi latihan awal yang telah berakhir pada 31 March 2022 berkaitan dengan proses pengendalian operasi dan sistem yang akan mereka kendalikan di NADI. Petugas juga telah melalui beberapa proses sebelum dilantik menjadi petugas NADI yang sah agar sikap tanggungjawab dan amanah sentiasa ada ketika menjalani tugas . Mari kenali kami,

 
PENGURUS
 
 
 NORSAHIRAH BINTI ALI
Mula berkhidmat : 19 Februari 2022
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
WhatsApp-Image-2022-04-04-at-12.30.10-PM 
SITI NUR AQILLAH BINTI SAMSURI 
Mula berkhidmat : 9 FEBRUARI 2022