Sungai Mati merupakan sebuah bandar di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan bandar Tangkak. Sungai Mati adalah tempat asal Menteri Besar Johor ke 14 iaitu Tan Sri Abdul Ghani Othman. Sungai Mati adalah pekan kecil yang terdapat pelbagai perkampungan didalamnya dan antaranya ialah Kampung Pulau Penarek

Pulau Penarek ini mendapat nama dari kejadian alam iaitu Sg. Mati yang membentuk bulatan, di mana kedua-dua hujungnya akan bertemu Sungai Muar yang membentuk kawasan daratan seperti pulau dan semasa musim padi menghijau, kampung ni akan menjadi lebih menarik dan sering menjadi tumpuan bagi mereka yang suka ber’selfie’ dan mereka yang gemar beriadah.
