mcmc
INFO Pi1M

MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN PINTAR PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

449849501 18466734688027766 5473406369926366730 n
Tarikh : 8 JULAI 2024
Lokasi : NADI DATO AHMAD SAID 2, TAMBUN
 
Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kg. Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh telah dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim.
Pelancaran perkhidmatan ini bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada kesejahteraan masyarakat setempat bahkan membantu meningkatkan taraf hidup.
Dengan lima teras utama iaitu Keusahawanan, Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kesejahteraan Kendiri, Kesedaran dan Inisiatif Kerajaan, NADI berhasrat untuk memperkasa komuniti dan memastikan capaian serta peluang yang sama rata untuk semua.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, YB Mohd Azlan Helmi bin Helmi yang mewakili YAB Menteri Besar Perak; Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil; Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din dan wakil-wakil syarikat penyedia perkhidmatan.
 
450094618 348454524966234 7558074432227339726 n
 
450095770 348454491632904 563015265320650409 n 450098721 348454464966240 6045604422985281601 n 450114950 348454471632906 2023314981267489310 n 450125626 348454444966242 5402019498757111368 n
450426520 348454501632903 4498743254793619743 n